Selasa, 7 April 2015




Allah always with us no matter how. Fikir kenapa kita sentiasa diberi ujian yang kadang-kadang kita rasa tak tertanggung untuk menerimanya. Allah itu lebih Maha Mengetahui. DIA tidak akan beri ujian kepada seseorang itu jika kita sendiri tidak mampu untuk menghadapinya. Setiap perkara yang berlaku, ada hikmahnya, ada dugaannya. Dulu aku sering mengeluh dengan ujian yang diberi olehNYA. Aku tak fikir kenapa, malah jika diberi pilihan, aku tak nak terima ujian-ujian tersebut. Alhamdulillah.. sekarang aku lebih tenang. Tenang untuk berfikir rahmat Allah. Tenang untuk menerima setiap ujian yang diberikan. Walau sesukar manapun ujian yang diberi, aku cuba untuk menjadi kuat seperti orang lain. In shaa Allah.. Allah itu Maha Penyayang. Sentiasa dengan kita :)

Sabtu, 4 April 2015

.the ismail's.

Allahumma solli 'aala saidina muhammad. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku dikurniakan keluarga yang cukup dari segi segala aspek. Allah Maha Besar. Dikurniakan mak dan abah yang penyayang dan pentingkan hal anak anak dari segalanya. Dikurniakan kakak dan abang yang pentingkan adiknya dari segalanya. Tak punya keluarga yang besar, tapi ini sudah memadai untuk merasai kasih sayang dari seorang mak, abah, kakak dan abang. Alhamdulillah. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki, dipanjangkan umur dan terima kasih yang tak terhingga untuk hubungan kekeluargaan ini. Sayang kerana Allah Taala :)




.Bestfriend.

Dah lama sangat tak update, kali ni memang update banyak lah balik. Hehe. Bila letak caption 'bestfriend' ni sebenarnya ramai. Mana taknya, dari sekolah rendah, menengah sampailah ke zaman kolej mesti ada geng geng bestfriend ni. Allah.. bersyukur sangat sebab dipertemukan dengan dorang ni. Masa zaman sekolah rendah, seronok dengan geng zaman kanak kanak. Sampai takut bila nak naik zaman menengah, takut tak jumpa lagi kawan macam geng sekolah rendah. Tapi alhamdulillah, Allah pertemukan geng yang kami letak nama 'CUNNMATES' pulak. Sampailah ke zaman kolej Allah masih pertemukan kawan yang tak lokek ilmu, kawan yang tak berkira dari semua aspek, bersyukur sangat. Bukan semua orang boleh dapat peluang macam ni. Alhamdulillah, semoga persahabatan kita semua kekal fi dunya wal akhirah. In shaa Allah :') -gambar dari zaman dulu sampai zaman sekarang kita upload. Rindunyaaaaaa.. Semoga kalian sihat.








.Twin's Wedding.

Assalamualaikum. Alhamdulillah, finally sahabat kembar aku dah pun menjadi isteri orang. hehe. Alahai, cepat masa berlalu. Itulah yang dikatakan jodoh. Tahun 2014 ieka kahwin dulu. Then iera menyusul tahun 2015. Aku dan rakan lain happy sangat tau. Bila korang nak jadi bini orang, kami yang terlebih excited tau :p Walau apa pun yang berlaku, ingat.. suami perlu utamakan dahulu. Jadi isteri yang solehah. In shaa Allah. Aku tahu korang boleh. Jaga ikatan perkahwinan korang ni sebaik yang mungkin. Allah tak akan meletak ujian pada seseorang jika hambanya tak mampu untuk lakukan ujian yang diberi. Jadi mama yang rajin untuk anak anak nanti tau. Hehe. Masa kahwin korang jugak, 'CUNNMATES' yang lain dapat berkumpul. Gembira hati ni tak tahu lah nak cakap macam mana. Bersyukur sebab dipertemukan dalam majlis yang sangat indah ni. In shaa Allah, ada masa kita berkumpul di majlis kawan kita yang lain pulak. Hehehehe :D














.2015.

In shaa Allah. Tahun ni banyak yang perlu di perbaiki untuk diri sendiri. Banyak kekurangannya. Betul orang cakap, manusia semuanya tak sempurna. Tapi sebagai manusia jugalah, kita sendiri yang perlu baiki diri kita untuk menjadi yang lebih baik di mata Allah terutamanya. Biarlah orang tak suka. Asalkan Allah suka. Bila niat baik, In shaa Allah, Allah akan permudahkan segalanya. Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang sentiasa diredhai.

.2014.

13 April 2014 berakhirnya kehidupan aku sebagai seorang pelajar di International Islamic College, Batu Muda. Banyak yang aku belajar apabila jauh daripada keluarga. Erti kasih, sayang, benci, marah, suka semuanya ada kisah kisah tersendiri. Tapi ada satu perkara yang paling buat aku sentiasa kuat dalam menempuh alam kehidupan adalah erti 'sabar'. Ujian yang Allah beri membuatkan aku lebih faham apa itu erti sabar. Tipulah kalau kita tak pernah ada rasa kesal, terluka dalam hidup. Tapi itu yang mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih sabar. Pengalaman belajar, kawan kolej, housemates, itu semua satu kenangan yang setiap pelajar tak akan lupa. Begitu juga aku. Aku bersyukur, selain keluarga, kawan kawan akulah yang sentiasa ada bila aku sedih dan gembira. In shaa Allah, walaupun masing masing dah bawa haluan sendiri, persahabatan kita semua tak akan putus. Kekal dunia dan akhirat :)

Khamis, 4 Julai 2013

.alam baru.

assalamualaikum.. alahai, dah lama sangat tak update blog nie. busy sangat. memang tak mengupdate lah jawabnya. hehe. btw, sekarang saya dah masuk ke alam sem baru. yang paling nervous bila sem nie adalah sem last bagi saya and housematesss saya. seronok memanglah seronok. tapi, at the same time, jantung dup dap laju sebab subject untuk sem nie boleh jadi otak sakit baq hang. but, kita kene lah terima semua ujian ini. semua orang lalui benda yang sama. so, itu semua rencah kehidupan. pada saya, masa nie kita perlu tunjukkan pada mak ayah kita yang one day, kita juga akan berjaya macam orang lain. nak jadi contoh dekat orang sekeliling kita yang kita juga boleh jadi hebat macam orang lain. insha-ALLAH :) anyway, selamat menempuh dunia baru, sem baru dan semester akhir for all my dearest friendss and my lovelyy housematess! GOOD LUCK TO ALL OF YOU GUYS ;) *sama-sama kita doa supaya kita semua berjaya. insha-ALLAH :'D