Sabtu, 4 April 2015

.the ismail's.

Allahumma solli 'aala saidina muhammad. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku dikurniakan keluarga yang cukup dari segi segala aspek. Allah Maha Besar. Dikurniakan mak dan abah yang penyayang dan pentingkan hal anak anak dari segalanya. Dikurniakan kakak dan abang yang pentingkan adiknya dari segalanya. Tak punya keluarga yang besar, tapi ini sudah memadai untuk merasai kasih sayang dari seorang mak, abah, kakak dan abang. Alhamdulillah. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki, dipanjangkan umur dan terima kasih yang tak terhingga untuk hubungan kekeluargaan ini. Sayang kerana Allah Taala :)