Isnin, 8 April 2013
Jumaat, 5 April 2013
.happy birthday erna! (6april2013)
SELAMAT ULANGTAHUN BEBY ERNA! hehe. moga panjang umur murah rezeki yee sayang. bila umur dah naik, so sentiasalah berfikir ke arah positif yee dik. kak ckin tahu, awak boleh hadapi semuanya dengan tenang. so, chaiyokk! :D ingat, bila umur makin meningkat, ujian pun lagi bertambah. terima ujian tu dengan seadanya. selalulah doakan kejayaan kakak kakak awak semua nie yeee. heeee. jangan bile kami dah takde, awak lupe kami. haaa, kami pang sat gi! haha ;p yeay! erna dah tuaaaa. we all loveyouu beby girl! :*
.sem 5.
hei hei. maaplah. dah berhabuk dah blog nie aku buat. tup tap tup tap, dah abis sem 5. Ya ALLAH, cepatnya masa berlalu. sibuk punya sibuk, sampai blog nie pun tak terlayan. sekarang sy layan sekejap :D moga sem 5 nie lebih baik untuk aku dan rakan rakan. sedih nak berpisah dengan dorang dorang yang sporting. seronok kawan dengan korang semua. tak lupa jugak to our beloved lecturer madam Nurul Iman, miss Az Athirah, miss Sharifah, sir Syaukat, madam Najihah and madam Darlina. terima kasih sebab tak jemu mengajar kami semua :') untuk budak budak kelas pulak, korang memang owesome! masing masing ada kelemahan masing masing. tapi kita semua tak mudah melatah kan? alhamdulillah :') budak budak yang selalu melayan karenah aku sudah semestinya housemate aku. alahai, kalau takde korang, aku tak tahu nak buat bising dengan siapa lagi. pejam celik, kita semua dah tamat sem 5 kan? so, guys lets! kita buat bising untuk sem 6 pulak. sem 6, kami semua datang! ;D assalamualaikum.
bawah nie gambar gambar masa sem 5. takde banyak gambar pun sebab masing masing sibuk :)
.islam itu indah.
islam itu tersangatlah indah . aku bersyukur aku dilahirkan di muka bumi ini . memang hidup ini hanya sementara , tapi dengan hanya sementara itulah macam macam aku belajar dari kesilapan . tak semua manusia sempurna termasuk aku . bila seseorang itu ada kisah silam yang mungkin dia juga tak pernah terfikir akan terjadi , janganlah kita nak pandang serong dekat dia . jadikan pengalaman itu sebagai pengajaran . pelik juga aku dengan manusia nie ,bermacam macam ragam dan perangai . kadang kadang bila kita fikir balik , benda yang remeh tulah suka dibesar-besarkan . bila benda yang mendatangkan kebaikan tak nak pulak dibesar-besarkan . itulah lumrah kita semua kan ? kadang kadang bila duduk sorang sorang , aku terfikir bila nyawa aku ini akan ditarik ? bukan sebab nak sangat mati ke apa , cuma aku terfikir biarlah nyawa aku ditarik dulu . aku tak nak ada salah seorang keluarga aku yang pergi dulu . mungkin susah aku nak terima . yee , aku tidaklah sempurna . aku akan cuba untuk menjadi sempurna dimataNYA . insyaALLAH . . . bila aku bersedih , hanya PADA-NYA aku selalu lepaskan semua kesedihan aku . berfikir sorang sorang , macam mana kehidupan aku selepas nie bila menjangkau usia 20-an . itu semua ketentuan Ilahi . aku cuma berharap hari hari aku yang akan datang lebih baik dari hari hari sebelum nie . YA ALLAH , kau kuatkanlah hati hambamu ini :') Amin . . .
.si manja manja saya.
si manja manja aku inilah si kucing kucing aku yang comel comel belaka :) . inilah si kecik dua ekor KIKI dengan LALA tulah pengganti si MEI , bapanya :) seronok bila main dengan si kecik dua ekor nie . tak keluar mana mana pun takpe . janji aku dapat main dengan dorang hari hari . dorang nie tersangat sangat nakal . seronok bila tengok dorang main . kalau waktu makan pulak yang paling excited sekali si lala tu . alahai , makan macam dah nak masuk dalam pinggan dah :D masa makan , aku tahu si emaknya MEIMEI tu lapar , tapi dia mesti dahulukan anak anak dia dulu . dia tak makan pun takpe . bila anak anak dia dah kenyang , barulah dia pulak yang pergi kat makanan dia . baiknya lahaaii . kucing pun tahu sayangkan anak-anak dia even dia seekor haiwan yang tak berakal . aku suka kacau si emaknya . aku pergi ambik anak anak dia buat main , melilau si emaknya cari . alolo , chuwettt sangat ! hehe . sorry yee meimei sayang . lepas je si bapa dorang Mei tu mati , si comel tiga ekor nielah jadi peneman setia aku dekat rumah . aku banyak habiskan masa dengan si comel nie semua . bila aku balik hostel jee , rindu membuak-buak dekat dorang . si kucing aku nie nakal , tapi nakal + manja . nie gambar si comel aku haaa ;)
.cunnmates.
CUNNMATES , singkatan nama aku dan kawan-kawan lama aku . C:ckin , U:umie , N:nina , N:nasz , M:kak mint , A:atyn , T:kak timah , E:kak erah , S:kak sue . ada 3 orang lagi yang geng dengan kami Nana , Ieka , Iera . kami kenal dorang lambat sikit . so tak sempat untuk gabungan nama tu . tapi korang tetap di hati kami . lama gila aku tak jumpa dorang nie semua . tersangatlah rindu dekat korang sampai aku tak tahu nak cakap macam mana . aku tak akan pernah lupa korang semua even sekarang kita semua sibuk dengan study masing-masing . insyaALLAh kita semua akan berjaya . amin . . :') cerita pasal dorang nie , kami jadi rapat and satu geng masa kami tingkatan 4 . 2 tahun je kami bersama , berhuha-huha bersama , lepak bersama , bergosip bersama , menangis bersama , mengumpat pun bersama . eh ? HAHA :'D bila agaknya kita semua nak berhuha-huha lagi eh ? bila tak kenal memang tak tahu perangai masing-masing . tapi bila dah kenal , YA ALLAH , teramatlah teruk perangai kami bila bersama . HAHA :D masa dekat sekolah , group kamilah yang paling famous . sampai cikgu-cikgu semua anti gila dengan kami . haihh , geram jee aku bila ingat balik . bukan cikgu jee yang anti , makcik-makcik dekat kantin pun anti jugak dekat kami . maybe sebab kami comel kot ? eh , tetiba ! HAHA :D lantaklah dorang , janji kami happy dengan cara kami . ada kami kesah ke makcik ?? HAHA . teruk kan ? aduii -.- sumpah rindu gila dekat korang semua :'( korang nak kenal dengan dorang . haa , gambar dorang ade dekat sebelah nie, bawah bio aku. yang takde tue sory yee , gambar korang ckin takde . yang ade just nasz, umie, nina, aten and kembaqq jee. takpe , korang tetap ckin ingat sampai bila-bila :) aku harap sangat korang tak kan lupa aku . tu jee yang aku mintak . bila teringat kenangan dengan korang , tiba-tiba air mata aku nak jatuh . errr TT_TT . janganlah nak emosi sangat ckin weh ! ishhh . . rindu gila nak buat kerja gila masa kita dekat sekolah dulu kan ? hehe . memang kita semua nie tersangatlah popular dekat sekolah . ececeh :P HAHA . persahabatan kita nie akan sentiasa kekal selagi yang MAHA-ESA tidak memisahkan kami . insyaALLAH . I LOVE YOU SAHABAT
.housemate saya yang kiut miut.
ini housemate aku . seronok kawan dengan dorang .terima kasih sebab korang terima aku as your friends . kalau bergaduh tu adatlah kan ? tak kan nak moment yang manis-manis je kan ? moment yang pahit-pahit pun confirm akan ada . kalau gaduh pun tak kan kemana jugak sebab kami duduk satu rumah . tup-tup tengok muka yang sama jugak . aihh , sudah-sudahlah buat hal masing-masing tu yee . ckin sayang dekat awak-awak semua nie haa . tak bestlah macam nie . hehe . dah setahun lebih kami berhuha-huha bersama . kalau nak bercerita , memang tak abih . pergi shopping ke , melepak dekat kedai makan ke , semua ada . pendek kata apa yang kami buat semua ada momentnya . kalau pasal hostel pulak , rumah kami nie memang takde tv . bila nak tengok tv , sanggup turun rumah warden. semangat kan kami . tambah-tambah lagi kalau nak tengok bola . HAHA :D . dekat hostel jugaklah aku jadi ketua rumah untuk budak-budak nie . kadang-kadang rasa malas pun ade . ckin. . ckin . . haihhh -.- tapi takpelah , dah tanggungjawab . haa , satu lagi yang best pasal budak-budak rumah aku nie , bila masa birthday jee , confirm rumah penuh dengan tepung , tak tepung bedak . haha . biarlah tak beli kek pun , janji setiap birthday budak-budak nie insyaALLAH kami akan sambut . best kan ? cuma birthday amal jee tak berpeluang nak sambut lagi sebab birthday dia mesti kebetulan dengan cuti sem . isokay amal , nanti mesti dapat sambut birthday awak jugak . smile okey ? ;) memang banyak sangat yang kami dapat dari persahabatan nie, tapi insyaALLAH semoga ALLAH memberkati persahabatan kami ini . *love*
nah , tengoklah gambar budak-budak rumah aku . dorang semua comel-comel kan ? :*
.kami semua sayang kamu.
27 july 2011 . pertemuan aku dan ema dengan fify , amal , bitah , balqis , dayah and azza . itulah hari pertemuan kami semua . hari pertama kiteorang jejak kaki dekat INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE and dorang nie jugaklah housemate aku dari mula-mula aku jejak kaki dekat kolej nie sampailah sekarang . balqis duduk sini masa sem 1 je , then study dekat IKM . okey , aku nak story about kami-kami nie . banyak sangat cerita pasal kami nie . gelak , menangis , semua ada . bila nak keluar jee , kadang-kadang lepak sekali . dulu paling seronok bila berpuasa dengan dorang . boleh dikatakan hari-hari delivery MCD . masing-masing duit masyuklah kan ;) hehe . masalah pun kadang-kadang kami share sama-sama . and now dah setahun lebih kiteorang berhuha-huha bersama . tapi entah lah , aku tak tahu nak story macam mana . to my housemate , kalau korang baca nie aku nak tanya korang , korang tak rindu ke kenangan kita yang dulu ? aku rindu nak menggila dengan korang-korang macam dulu balik . and to D , kiteorang semua nak mintak maaf if kau terasa hati dengan kami . mungkin kau tak selesa berkawan dengan kiteorang . mungkin jugak cara layanan kiteorang dekat kau . yeah , we understand that. takpelah , kita mungkin banyak perbezaan kan ? sebab tu kau tak berapa nak ngam dengan kiteorang semua . honestly , seronok dapat kenal kau . setahun kenal dengan kau pun , macam-macam dah kenangan yang ada dengan kita semua kan ? :') kalau kiteorang marah-marah kau tu sebenarnya kiteorang sayang kau . kalau tak sayang , kiteorang semua buat tak tahu je kalau kau mintak pendapat or else . sebab kau adik to your family , mungkin kau terbawak-bawak perangai adik kau tu dekat kiteorang pulak . kiteorang tak kisah pun . cuma kadang-kadang benda yang kecik tu kau jadikan benda tu hal besar . sebab tu boleh jadi masam-masam muka nie . sebab kiteorang tak nak keruhkan lagi keadaan lah kiteorang diamkan diri . ye , memang kiteorang pun salah , tapi biarlah . kiteorang tak kisah kau nak cakap apa pun pasal kiteorang . maaf sebab buat kau fikir bukan-bukan . bukan ini yang kiteorang nak . tapi mungkin ini jalan yang terbaik untuk kita semua . kiteorang mintak maaf if kau rasa kiteorang tak ambil berat pasal kau . maaf jugak if kau pernah fikir yang kiteorang nie bukanlah kawan terbaik kau . mungkin dekat luar tu , dorang kawan terbaik kau . nanti bila kau tak duduk dengan kiteorang dah , kau jagalah diri baik baik yee . harap kau boleh dapat kawan yang lebih baik dari kiteorang . kiteorang semua mintak maaf sangat-sangat . ini je yang mampu kami semua ungkapkan . maaf :')
* jaga diri baik-baik , maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki , maaf jugak sebab kami semua tak boleh jadi kawan terbaik kau :') *
haihh , nak emosi pulak aku nie , haduii . . hehe . okey okey , aku cuma luahkan apa yang aku nak luahkan jee . like seriously , aku rindu gila masa kita dekat UIA dulu . sumpah ! aku tak tahu nak cakap macam mana . harap persahabatan kita nie tak kan sampai sini jee . same too to gubab , syida , zaty , erna and yana . nice to meet you girls . I LOVE YOU :')
.mey.
kucing nie dah lama duduk dengan family aku . dialah yang selalu dengan aku bila aku balik dari hostel . aku sampai je rumah , mesti terus dengar suara mioww mioww dia tu . comel sangat . bila tidur pulak , dia selalu tidur dengan aku . kadang-kadang dia tidur dengan mak and abah . sangat-sangat manja dengan abah . pantang je nampak abah , mesti nak duduk dengan abah je . bila dekat dapur , asyik duduk atas kerusi meja makan je . kalau tengok dekat ruang tamu dia takde , confirm dia ada dekat dapur . teman mak aku masak kot .hehe . dia sangat-sangat manja . tak padan dengan jantan :D than , satu hari dia sakit . badan dia dari gemokk , jadi kurus gila . menangis aku bila tengok dia . dia nak makan pun tak lalu . kadang-kadang sampai aku paksa dia makan sebab kesian dekat dia . petang lepas seminggu raya , hari isnin tu , hati aku memang rasa macam lain macam gila . aku cari dia , panggil-panggil dia sebab dia takde dalam rumah . aku nampak dia dekat rumah jiran aku . aku terkejut sebab badan dia menggeletar . nangis jangan tanyalah . memang air mata aku tak berhenti turun . aku panggil mak aku . berjam-jam aku tunggu dia mati . lepas je azan maghrib nak dekat pukul 8 malam , dia mati . sumpah aku menangis gila . sedih . tak sanggup aku tengok dia mati . bila nak tinggal kesian pulak . aku duduk dekat sebelah dia sampailah dia mati . malam tu abah terus tanam dia . sedihh . . aku rindu dekat dia sebenarnya :'(
Langgan:
Catatan (Atom)