Jumaat, 5 April 2013

.mey.


kucing nie dah lama duduk dengan family aku . dialah yang selalu dengan aku bila aku balik dari hostel . aku sampai je rumah , mesti terus dengar suara mioww mioww dia tu . comel sangat . bila tidur pulak , dia selalu tidur dengan aku . kadang-kadang dia tidur dengan mak and abah . sangat-sangat manja dengan abah . pantang je nampak abah , mesti nak duduk dengan abah je . bila dekat dapur , asyik duduk atas kerusi meja makan je . kalau tengok dekat ruang tamu dia takde , confirm dia ada dekat dapur . teman mak aku masak kot .hehe . dia sangat-sangat manja . tak padan dengan jantan :D than , satu hari dia sakit . badan dia dari gemokk , jadi kurus gila . menangis aku bila tengok dia . dia nak makan pun tak lalu . kadang-kadang sampai aku paksa dia makan sebab kesian dekat dia . petang lepas seminggu raya , hari isnin tu , hati aku memang rasa macam lain macam gila . aku cari dia , panggil-panggil dia sebab dia takde dalam rumah . aku nampak dia dekat rumah jiran aku . aku terkejut sebab badan dia menggeletar . nangis jangan tanyalah . memang air mata aku tak berhenti turun . aku panggil mak aku . berjam-jam aku tunggu dia mati . lepas je azan maghrib nak dekat pukul 8 malam , dia mati . sumpah aku menangis gila . sedih . tak sanggup aku tengok dia mati . bila nak tinggal kesian pulak . aku duduk dekat sebelah dia sampailah dia mati . malam tu abah terus tanam dia . sedihh . . aku rindu dekat dia sebenarnya :'(