Sabtu, 4 April 2015
.the ismail's.
Allahumma solli 'aala saidina muhammad. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku dikurniakan keluarga yang cukup dari segi segala aspek. Allah Maha Besar. Dikurniakan mak dan abah yang penyayang dan pentingkan hal anak anak dari segalanya. Dikurniakan kakak dan abang yang pentingkan adiknya dari segalanya. Tak punya keluarga yang besar, tapi ini sudah memadai untuk merasai kasih sayang dari seorang mak, abah, kakak dan abang. Alhamdulillah. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki, dipanjangkan umur dan terima kasih yang tak terhingga untuk hubungan kekeluargaan ini. Sayang kerana Allah Taala :)
.Bestfriend.
Dah lama sangat tak update, kali ni memang update banyak lah balik. Hehe. Bila letak caption 'bestfriend' ni sebenarnya ramai. Mana taknya, dari sekolah rendah, menengah sampailah ke zaman kolej mesti ada geng geng bestfriend ni. Allah.. bersyukur sangat sebab dipertemukan dengan dorang ni. Masa zaman sekolah rendah, seronok dengan geng zaman kanak kanak. Sampai takut bila nak naik zaman menengah, takut tak jumpa lagi kawan macam geng sekolah rendah. Tapi alhamdulillah, Allah pertemukan geng yang kami letak nama 'CUNNMATES' pulak. Sampailah ke zaman kolej Allah masih pertemukan kawan yang tak lokek ilmu, kawan yang tak berkira dari semua aspek, bersyukur sangat. Bukan semua orang boleh dapat peluang macam ni. Alhamdulillah, semoga persahabatan kita semua kekal fi dunya wal akhirah. In shaa Allah :') -gambar dari zaman dulu sampai zaman sekarang kita upload. Rindunyaaaaaa.. Semoga kalian sihat.
.Twin's Wedding.
Assalamualaikum. Alhamdulillah, finally sahabat kembar aku dah pun menjadi isteri orang. hehe. Alahai, cepat masa berlalu. Itulah yang dikatakan jodoh. Tahun 2014 ieka kahwin dulu. Then iera menyusul tahun 2015. Aku dan rakan lain happy sangat tau. Bila korang nak jadi bini orang, kami yang terlebih excited tau :p Walau apa pun yang berlaku, ingat.. suami perlu utamakan dahulu. Jadi isteri yang solehah. In shaa Allah. Aku tahu korang boleh. Jaga ikatan perkahwinan korang ni sebaik yang mungkin. Allah tak akan meletak ujian pada seseorang jika hambanya tak mampu untuk lakukan ujian yang diberi. Jadi mama yang rajin untuk anak anak nanti tau. Hehe. Masa kahwin korang jugak, 'CUNNMATES' yang lain dapat berkumpul. Gembira hati ni tak tahu lah nak cakap macam mana. Bersyukur sebab dipertemukan dalam majlis yang sangat indah ni. In shaa Allah, ada masa kita berkumpul di majlis kawan kita yang lain pulak. Hehehehe :D
.2015.
In shaa Allah. Tahun ni banyak yang perlu di perbaiki untuk diri sendiri. Banyak kekurangannya. Betul orang cakap, manusia semuanya tak sempurna. Tapi sebagai manusia jugalah, kita sendiri yang perlu baiki diri kita untuk menjadi yang lebih baik di mata Allah terutamanya. Biarlah orang tak suka. Asalkan Allah suka. Bila niat baik, In shaa Allah, Allah akan permudahkan segalanya. Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang sentiasa diredhai.
.2014.
13 April 2014 berakhirnya kehidupan aku sebagai seorang pelajar di International Islamic College, Batu Muda. Banyak yang aku belajar apabila jauh daripada keluarga. Erti kasih, sayang, benci, marah, suka semuanya ada kisah kisah tersendiri. Tapi ada satu perkara yang paling buat aku sentiasa kuat dalam menempuh alam kehidupan adalah erti 'sabar'. Ujian yang Allah beri membuatkan aku lebih faham apa itu erti sabar. Tipulah kalau kita tak pernah ada rasa kesal, terluka dalam hidup. Tapi itu yang mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih sabar. Pengalaman belajar, kawan kolej, housemates, itu semua satu kenangan yang setiap pelajar tak akan lupa. Begitu juga aku. Aku bersyukur, selain keluarga, kawan kawan akulah yang sentiasa ada bila aku sedih dan gembira. In shaa Allah, walaupun masing masing dah bawa haluan sendiri, persahabatan kita semua tak akan putus. Kekal dunia dan akhirat :)
Langgan:
Catatan (Atom)