Isnin, 8 April 2013

.kiki dan lala saya.

assalamualaikum. alahaiii, bila balik kelantan je macam ni lah aku. makan, tidor, main dengan si gemok gemok aku, tengok tv, haaa macam macam lah aku buat. tapi bila aku bosan, si kiki dengan lala lah jadi peneman setia aku. seronok bila tengok dorang main. bila aku sedih, aku pergilah lepak dengan si gemok gemok aku tu. bukan main manja lahaii dengan aku. tapi sebenarnya dorang nie paling manja dengan abah. abah panggil je, terus si gemok gemok tu pergi. haihh, kalah aku. haha :D aku nie memang takde kerja lain dah nak buat selain mengadap muka si gemok tu semua. seronok tu tak boleh nak cakap bila duduk dengan dorang. comelll sangat! geram aku! haha ;D bila nak amik gambar dorang pulak, senangnye lah nak berposing dorang tu. mungkin si gemok gemok nie memang suka bergambar kot. heee. nah. aku letak gambar gambar si gemok gemok tu. tengok lerr gambar si manja manja saya nie. comel kan? kan kan? ;)






Jumaat, 5 April 2013

.happy birthday erna! (6april2013)



SELAMAT ULANGTAHUN BEBY ERNA! hehe. moga panjang umur murah rezeki yee sayang. bila umur dah naik, so sentiasalah berfikir ke arah positif yee dik. kak ckin tahu, awak boleh hadapi semuanya dengan tenang. so, chaiyokk! :D ingat, bila umur makin meningkat, ujian pun lagi bertambah. terima ujian tu dengan seadanya. selalulah doakan kejayaan kakak kakak awak semua nie yeee. heeee. jangan bile kami dah takde, awak lupe kami. haaa, kami pang sat gi! haha ;p yeay! erna dah tuaaaa. we all loveyouu beby girl! :*

.sem 5.

hei hei. maaplah. dah berhabuk dah blog nie aku buat. tup tap tup tap, dah abis sem 5. Ya ALLAH, cepatnya masa berlalu. sibuk punya sibuk, sampai blog nie pun tak terlayan. sekarang sy layan sekejap :D moga sem 5 nie lebih baik untuk aku dan rakan rakan. sedih nak berpisah dengan dorang dorang yang sporting. seronok kawan dengan korang semua. tak lupa jugak to our beloved lecturer madam Nurul Iman, miss Az Athirah, miss Sharifah, sir Syaukat, madam Najihah and madam Darlina. terima kasih sebab tak jemu mengajar kami semua :') untuk budak budak kelas pulak, korang memang owesome! masing masing ada kelemahan masing masing. tapi kita semua tak mudah melatah kan? alhamdulillah :') budak budak yang selalu melayan karenah aku sudah semestinya housemate aku. alahai, kalau takde korang, aku tak tahu nak buat bising dengan siapa lagi. pejam celik, kita semua dah tamat sem 5 kan? so, guys lets! kita buat bising untuk sem 6 pulak. sem 6, kami semua datang! ;D assalamualaikum.

bawah nie gambar gambar masa sem 5. takde banyak gambar pun sebab masing masing sibuk :)









.islam itu indah.



islam itu tersangatlah indah . aku bersyukur aku dilahirkan di muka bumi ini . memang hidup ini hanya sementara , tapi dengan hanya sementara itulah macam macam aku belajar dari kesilapan . tak semua manusia sempurna termasuk aku . bila seseorang itu ada kisah silam yang mungkin dia juga tak pernah terfikir akan terjadi , janganlah kita nak pandang serong dekat dia . jadikan pengalaman itu sebagai pengajaran . pelik juga aku dengan manusia nie ,bermacam macam ragam dan perangai . kadang kadang bila kita fikir balik , benda yang remeh tulah suka dibesar-besarkan . bila benda yang mendatangkan kebaikan tak nak pulak dibesar-besarkan . itulah lumrah kita semua kan ? kadang kadang bila duduk sorang sorang , aku terfikir bila nyawa aku ini akan ditarik ? bukan sebab nak sangat mati ke apa , cuma aku terfikir biarlah nyawa aku ditarik dulu . aku tak nak ada salah seorang keluarga aku yang pergi dulu . mungkin susah aku nak terima . yee , aku tidaklah sempurna . aku akan cuba untuk menjadi sempurna dimataNYA . insyaALLAH . . . bila aku bersedih , hanya PADA-NYA aku selalu lepaskan semua kesedihan aku . berfikir sorang sorang , macam mana kehidupan aku selepas nie bila menjangkau usia 20-an . itu semua ketentuan Ilahi . aku cuma berharap hari hari aku yang akan datang lebih baik dari hari hari sebelum nie . YA ALLAH , kau kuatkanlah hati hambamu ini :') Amin . . .

.si manja manja saya.

si manja manja aku inilah si kucing kucing aku yang comel comel belaka :) . inilah si kecik dua ekor KIKI dengan LALA tulah pengganti si MEI , bapanya :) seronok bila main dengan si kecik dua ekor nie . tak keluar mana mana pun takpe . janji aku dapat main dengan dorang hari hari . dorang nie tersangat sangat nakal . seronok bila tengok dorang main . kalau waktu makan pulak yang paling excited sekali si lala tu . alahai , makan macam dah nak masuk dalam pinggan dah :D masa makan , aku tahu si emaknya MEIMEI tu lapar , tapi dia mesti dahulukan anak anak dia dulu . dia tak makan pun takpe . bila anak anak dia dah kenyang , barulah dia pulak yang pergi kat makanan dia . baiknya lahaaii . kucing pun tahu sayangkan anak-anak dia even dia seekor haiwan yang tak berakal . aku suka kacau si emaknya . aku pergi ambik anak anak dia buat main , melilau si emaknya cari . alolo , chuwettt sangat ! hehe . sorry yee meimei sayang . lepas je si bapa dorang Mei tu mati , si comel tiga ekor nielah jadi peneman setia aku dekat rumah . aku banyak habiskan masa dengan si comel nie semua . bila aku balik hostel jee , rindu membuak-buak dekat dorang . si kucing aku nie nakal , tapi nakal + manja . nie gambar si comel aku haaa ;)








.cunnmates.

CUNNMATES , singkatan nama aku dan kawan-kawan lama aku . C:ckin , U:umie , N:nina , N:nasz , M:kak mint , A:atyn , T:kak timah , E:kak erah , S:kak sue . ada 3 orang lagi yang geng dengan kami Nana , Ieka , Iera . kami kenal dorang lambat sikit . so tak sempat untuk gabungan nama tu . tapi korang tetap di hati kami . lama gila aku tak jumpa dorang nie semua . tersangatlah rindu dekat korang sampai aku tak tahu nak cakap macam mana . aku tak akan pernah lupa korang semua even sekarang kita semua sibuk dengan study masing-masing . insyaALLAh kita semua akan berjaya . amin . . :') cerita pasal dorang nie , kami jadi rapat and satu geng masa kami tingkatan 4 . 2 tahun je kami bersama , berhuha-huha bersama , lepak bersama , bergosip bersama , menangis bersama , mengumpat pun bersama . eh ? HAHA :'D bila agaknya kita semua nak berhuha-huha lagi eh ? bila tak kenal memang tak tahu perangai masing-masing . tapi bila dah kenal , YA ALLAH , teramatlah teruk perangai kami bila bersama . HAHA :D masa dekat sekolah , group kamilah yang paling famous . sampai cikgu-cikgu semua anti gila dengan kami . haihh , geram jee aku bila ingat balik . bukan cikgu jee yang anti , makcik-makcik dekat kantin pun anti jugak dekat kami . maybe sebab kami comel kot ? eh , tetiba ! HAHA :D lantaklah dorang , janji kami happy dengan cara kami . ada kami kesah ke makcik ?? HAHA . teruk kan ? aduii -.- sumpah rindu gila dekat korang semua :'( korang nak kenal dengan dorang . haa , gambar dorang ade dekat sebelah nie, bawah bio aku. yang takde tue sory yee , gambar korang ckin takde . yang ade just nasz, umie, nina, aten and kembaqq jee. takpe , korang tetap ckin ingat sampai bila-bila :) aku harap sangat korang tak kan lupa aku . tu jee yang aku mintak . bila teringat kenangan dengan korang , tiba-tiba air mata aku nak jatuh . errr TT_TT . janganlah nak emosi sangat ckin weh ! ishhh . . rindu gila nak buat kerja gila masa kita dekat sekolah dulu kan ? hehe . memang kita semua nie tersangatlah popular dekat sekolah . ececeh :P HAHA . persahabatan kita nie akan sentiasa kekal selagi yang MAHA-ESA tidak memisahkan kami . insyaALLAH . I LOVE YOU SAHABAT 


.housemate saya yang kiut miut.

ini housemate aku . seronok kawan dengan dorang .terima kasih sebab korang terima aku as your friends . kalau bergaduh tu adatlah kan ? tak kan nak moment yang manis-manis je kan ? moment yang pahit-pahit pun confirm akan ada . kalau gaduh pun tak kan kemana jugak sebab kami duduk satu rumah . tup-tup tengok muka yang sama jugak . aihh , sudah-sudahlah buat hal masing-masing tu yee . ckin sayang dekat awak-awak semua nie haa . tak bestlah macam nie . hehe . dah setahun lebih kami berhuha-huha bersama . kalau nak bercerita , memang tak abih . pergi shopping ke , melepak dekat kedai makan ke , semua ada . pendek kata apa yang kami buat semua ada momentnya . kalau pasal hostel pulak , rumah kami nie memang takde tv . bila nak tengok tv , sanggup turun rumah warden. semangat kan kami . tambah-tambah lagi kalau nak tengok bola . HAHA :D . dekat hostel jugaklah aku jadi ketua rumah untuk budak-budak nie . kadang-kadang rasa malas pun ade . ckin. . ckin . . haihhh -.- tapi takpelah , dah tanggungjawab . haa , satu lagi yang best pasal budak-budak rumah aku nie , bila masa birthday jee , confirm rumah penuh dengan tepung , tak tepung bedak . haha . biarlah tak beli kek pun , janji setiap birthday budak-budak nie insyaALLAH kami akan sambut . best kan ? cuma birthday amal jee tak berpeluang nak sambut lagi sebab birthday dia mesti kebetulan dengan cuti sem . isokay amal , nanti mesti dapat sambut birthday awak jugak . smile okey ? ;) memang banyak sangat yang kami dapat dari persahabatan nie, tapi insyaALLAH semoga ALLAH memberkati persahabatan kami ini . *love*

nah , tengoklah gambar budak-budak rumah aku . dorang semua comel-comel kan ? :*